| Tempoh | : | 1 atau 2 hari |
| Cara Persembahan | : | E-Learning, Webinar and Seminar |
| Bahasa | : | Melayu & English |
| Negara | : | Antarabangsa |
| Peserta | : | Ibubapa dan mereka yang berminat dalam perkembangan terkini dalam pendidikan matematik |
| Harga | : | RM50 hingga RM280 |
Tawaran Istimewa E-Learning
|
: |
Seminar ini akan bermula pada 27hb Mac 2016. Yuran bagi seminar ini ialah RM100. Seminar dalam bentuk e-learning ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan juga Inggeris. Jika pembayaran dibuat sebelum 27hb Mac yurannya ialah RM50 sahaja. Sila ikut pautan ini untuk mendaftar. |
Apakah dia matematik dan bagaimana ibubapa boleh memainkan peranan untuk mendidik anak-anak dalam matematik.
Bagaimana ibubapa dapat melatih anak-anak berfikir secara matematik.
Apakah yang dimaksudkan dengan berkomunikasi secara matematik dan bagaimana kemahiran ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak dalam matematik dan dalam kehidupan.
Bagaimana merancang latihan matematik untuk anak-anak di rumah. Apakah bentuk latihan matematik yang perlu dipilih untuk latihan harian anak-anak di ruma supaya aktiviti ini dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi di ‘kalangan anak-anak mereka.
Mengesan kelemahan anak-anak kita di peringkat awal sebelumnya ianya terlambat.
Bagaimana menilai kemampuan anak-anak kita dalam matematik.
Ibubapa akan mempunyai persepsi yang lebih luas tentang matematik dan proses pendidikan matematik. Ini akan membantu ibubapa untuk memberi bimbingan dan sokongan yang lebih berkesan kepada anak-anak mereka di rumah. Ibubapa juga dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan pihak sekolah dalam usaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak dalam matematik.
Ibubapa dapat mengembangkan ilmu berfikir secara kritis dan kritis dan dengan ini dapat membantu anak-anak supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan ibubapa untuk menyelesaikan masalah matematik.
Semua ibubapa dan tidak memerlukan peserta mempunyai pengetahuan matematik yang tinggi-perbincangan matematik hanya di peringkat sekolah rendah.
Guru-guru yang berminat untuk menambah idea dan perkembangan terkini dalam pendidikan matematik.
Semua yang berminat untuk belajar berfikir dan menerapkan kemahiran berfikir kepada anak-anak.